Konklusi
Tamadun India merupakan tamadun yang kaya dengan pelbagai ciri- ciri yang unik terutamanya dalam aspek kebudayaan dan juga turut mewarnai kepelbagaian seni budaya di Malaysia. Oleh itu, tarian Bharatanatyam adalah yang paling terkenal di Malaysia dan juga turut menyumbang kepada pembangunan negara. Tarian Bharatanatyam telah menjadi sesuatu tarian yang menggalakkan hubungan antara pelbagai jenis kaum yang terdiri di Malaysia. Tradisi, kebudayaan, keagamaan dan kepercayaan kaum India ini boleh dipamerkan semasa persembahan. Oleh itu, tarian Bharatanatyam telah menjadi suatu elemen yang penting untuk menyatupadukan kaum-kaum lain di Malaysia untuk menerapkan sikap keterbukaan untuk mempelajari sukuk aum yang lain, meraikan kepelbagaikan dan menghormati perbezaan. Akhirnya, kita berharap bahawa tarian tradisional Bharatanatyam ini akan terus dipersembahkan, dipelajari dan diperkembangkan untuk generasi yang akan datang.
​
Kesimpulanya, kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) ini memberikan peluang kepada para pelajar untuk belajar tentang seni bina tamadun di Malaysia. Kita belajar sikap bekerjasama dengan para ahli-ahli kumpulan supaya tugasan kajian ini agak membuat dengan lancar dan sempurna. Selain itu, kita pun belajar nilai berdisplin dan bertangggungjawb dan bekerjasama antara ahli kumpulan. Selain daripada itu, kita juga dapat mempelajari palbagai ilmu pengetahuan tentang tarian Bharatanatyam di Malaysia. Akhirnya, kita semua berasa bersyukur dan gembira kerana mendapat pelbagai ilmu pengetahuan tentang tarian ini.