top of page
Refleksi

Wong Siew Pin (Alicia) 0334904

Bachelor of International Tourism Management (Events Management)

Salam sejahtera, nama saya Wong Siew Pin dan dan saya mengambil kursus di dalam “Bachelor of International Tourism Management (Event Management)”. Pertama sekali saya ingin mengucapkan beribuan terima kasih kepada ahli kumpulan saya kerana telah mengorbankan banyak masa mereka untuk menyiapkan projek ini. Berdasarkan subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia(TITAS) saya telah mempelajari banyak perkara yang baru terutamanya apabila saya menjalankan projek berkumpulan tentang seni tarian tradisional masyarakat India iaitu tarian Bharatanatyam. Secara jujurnya sebelum ini saya tidak memahami sangat tentang tarian Bharatanatyam tetapi ketika menjalankan projek ini saya telah mempelajari dengan lebih mendalam tentang tarian Bharatanatyam.

​

Apabila saya menjalankan projek ini, saya telah menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan. Salah satunya adalah kerana Bahasa Melayu saya sangat terhad, yang dalam modul ini untuk semua tugasan, saya dikehendaki menjawab atau ditulis dalam bahasa Melayu. Saya masih ingat bahawa kali terakhir saya menggunakan Bahasa Melayu untuk belajar sesuatu yang baru adalah semasa diploma saya dan saya terpaksa mengambil modul ini yang dipanggil Bahasa Kebangsaan kerana saya tidak mendapat Kredit Bahasa Melayu saya semasa SPM. Saya agak hilang ketika saya membaca semua artikel itu kerana semuanya dalam bahasa Melayu dan saya perlu menterjemahkannya satu persatu untuk saya mudah faham. Namun, saya berpendapat bahawa saya perlu melakukan lebih banyak senaman agar saya mendapat pengetahuan dan kemahiran Bahasa Melayu bahasa saya kerana saya adalah rakyat Malaysia dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan kita. Bukan itu sahaja, dalam era globalisasi ini, saya akan mengatakan laman web ini telah membantu kami dan saya untuk menyiapkan projek ini walaupun saya tidak pernah melihat dan memahami tarian Bharatanatyam sebelum ini. Dengan menggunakan maklumat yang terkandung dalam laman web sensawang saya masih boleh belajar tentang tarian Bharatanatyam dan belajar tentang tarian tradisional India yang lain.

​

Saya amat gembira kerana dapat menjalankan projek ini dengan kumpulan saya dan juga dapat menyiapkan projek ini. Selain itu, disebabkan projek ini buat kali pertama saya telah memperlajari seni tarian tradisional India iaitu tarian Bharatanatyam. Projek ini juga telah mengeratkan lagi silaturrahim antara kawan-kawan saya dan saya. Projek ini telah membuka pandangan saya dengan lebih luas mengenai tarian Bharatanatyam.

025d491e-9a00-44e5-a54f-217c5129b162.jpg
Alicia
575ae57b-9c23-47ff-af17-cb03ac505c23_edi

Loh May Teng 0335033

Bachelor of International Tourism Management (Events Management)

Selamat sejahtera kepada semua, nama saya Loh May Teng, saya seorang pelajar yang sedang menlanjutkan pelajaran ijazah sarjana muda dalam Bachelor of International Tourism Management (Events Management) di Taylor’s University. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Firdaus Ramli kerana memberi tugasan kumpulan ini, dan ahli-ahli kumpulan saya atas kerjasama untuk melaksanakan tugasan bersama.

​

Melalui modul Tamadun Islam dan Tamadun Asia, saya telah menerima ilmu pengetahuan dan informasi tentang tamadun dan sejarahnya. Selepas belajar modul ini, saya berasa gembira kerana modul ini sangat menarik, saya dapat mempelajari ilmu yang berkaitan dengan kehidupan harian.

​

Dengan modul ini, saya diberi peluang untuk menjalankan satu kajian bersama dengan ahli kumpulan saya. Selepas perbincangan, kumpulan kami telah memilih topik tentang tarian tradisional India, iaitu Bharatanatyam. Negara kita mempunyai pelbagai kaum dan biasannya kami lebih berkenali dengan tarian kaum Melayu dan Cina. Oleh itu, kumpulan kami memilih tarian yang kami kurang melihat di kehidupan harian kami, iaitu Bharatanatyam. Selepas membuat kajian tentang tarian tersebut, saya dan ahli-ahli kumpulan lebih memahami tentang tarian tradisional di Malaysia, saya juga mendapati semua tarian tradisional amat penting kepada negara kami kerana ia adalah antara suatu faktor yang membinakan Malaysia sebuah negara yang unik dan harmoni, dan budaya-budaya ini haruslah disambungkan dari generasi ke generasi.

May Teng

Jerene Lee Tze Qin 0335028

Bachelor of International Tourism Management (Events Management)

Salam sejahtera kepada semua. Nama saya Jerene Lee Tze Qin dan saya berumur 20 tahun. Saya merupakan seorang pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran di Taylor’s University dalam bidang Tourism Management (Events Management). Saya berasa amat bersyukur kerana dapat menjalankan tugasan ini dengan kumpulan ini yang baik.

​

Kumpulan kita ada 10 orang, saya mengenali beberapa ahli tetapi sebilangan mereka tidak mengenali. Namun, kami tidak mempunyai masalah komunikasi antara satu sama lain dan pada akhirnya kami mencapai persetujuan bersama yang kami pilih mengenai tarian tradisional India, Bharatanatyam sebagai topik kita. Melalui modul ini, saya dapat mempelajari lebih lanjut mengenai tarian tradisional dan juga beberapa budaya yang berbeza dari India. Saya bersyukur kerana berpeluang mengambil modul ini sebagai salah satu modul saya.

​

Saya berbesar hati kerana berpeluang bekerja dengan ahli pasukan saya. Kami telah menyelesaikan aktiviti yang diperlukan dalam kursus ini. Dalam modul Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS), saya memperoleh banyak pengetahuan yang unik dan baru. Selain itu, saya dapat mengukuhkan lagi ilmu pengetahuan tentang Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Berikut adalah bagaimana perasaan saya tentang peradaban Islam dan peradaban Asia setelah menjalankan aktiviti mengenai peradaban Islam dan peradaban Asia. Saya berharap agar saya dapat menggunakan teknik-tenik ini untuk masa depan dalam pekerjaan saya. Sebagai rakyat Malaysia, saya bangga melihat seni bina Malaysia yang unik dan luar biasa.

c4b1a33d-48dc-406d-a3c9-903751629b81_edi
Jerene
pan%20bao%20jun_edited.jpg

Pan Bao Jun 0335164

Bachelor of International Tourism Management (Events Management)

Nama saya Pan Bao Jun, kini seorang pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran ijazah sarjana muda dalam Bachelor of International Tourism Management (Events Management) di Taylor’s University. Melalui projek kumpulan ini, saya berasa syukur kerana mendapati peluang untuk bekerjasama dengan rakan-rakan kumpulan saya yang saling menghormati dan bekerjasama.

​

Pada mulanya, saya dan ahli kumpulan berasa keliru dalam memilih tajuk projek untuk modul Tamadun Islam dan Tamadun Asia kerana kami mempunyai kebebasan untuk memilih tajuk. Setelah beberapa mesyuarat dan perbincangan, kami akhirnya bersetuju untuk memilih topik tentang tarian tradisional India, iaitu Bharatanatyam kerana Malaysia adalah negara yang berbilang kaum dan etnik.

​

Sejak dahulu, saya tidak ada kenalan dengan tarian tradisional pelbagai kaum di Malaysia. Oleh sebab itu, pengetahuan saya tentang tarian tradisional diamalkan adalah terhad. Menurut kerja kursus ini, saya telah mempelajari dan meluaskan ilmu pengetahuan tentang tarian tradisional di Malaysia terutamanya tarian tradisional India, iaitu Bharatanatyam. Latar budaya masyarakat berbilang kaum adalah berbeza dan setiap kaum mempunyai keunikan mereka. Saya telah mendapati tarian India dan muzik tradisional juga menambah tahap seni peradaban Malaysia kerana sikap masyarakat Malaysia yang saling memahami dan menghormati budaya kaum lain. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Firdaus Ramli yang memberi tugasan dan bantuan  kepada kami dan semua ahli kumpulan yang memberi sumbangan mereka.

Bao Jun

Ho Jia Wen 0334840

Bachelor of International Tourism Management (Events Management)

Salam sejahtera. Nama saya Ho Jia Wen. Saya merupakan seorang pelajar yang sedang melanjutkan ijazah dalam Bachelor in International Tourism Management (Event Management) di Taylor’s University Lakeside Campus. Melalui projek kumpulan ini, saya berasa syukur kerana mendapati peluang untuk bekerjasama dengan rakan-rakan kumpulan saya yang berkooperasi. Berdasarkan kerja kursus ini, saya telah menambah ilmu pengetahuan tentang tarian suku kaum India iaitu tarian Bharatanatyam yang terdapat di Malaysia.

​

Selain itu, Malaysia adalah negara unik yang mempunyai pelbagai kaum dan budaya. Sebagai warganegara Malaysia, kita haruslah bertanggungjawab untuk mengankat budaya-budaya yang terdapat di negara kita. Di samping itu, mengamalkan warisan tradisi seperti seni tari juga mampu mempromosi budaya Malaysia di persada dunia dan membuktikan bahawa Malaysia adalah unik, seindah bahasa dan warisannya.

​

Kesimpulanya, kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) ini memberikan peluang kepada para pelajar untuk belajar tentang seni bina tamadun di Malaysia. Kita belajar sikap bekerjasama dengan para ahli-ahli kumpulan supaya tugasan kajian ini agak membuat dengan lancar dan sempurna. Selain itu, kita pun belajar nilai berdisplin dan bertangggungjawb dan bekerjasama antara ahli kumpulan . Seni tari tradisional menonjolkan kesenian dan kebudayaan sesuatu kaum atau bangsa. Oleh itu, ia perlulah dijaga agar generasi akan datang dapat mengenali dan mempelajari tarian ini secara mendalam dan tidak akan dilupakan oleh generasi akan datang. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kumpulan dan saya amat menghargai persumbangan yang diberikan.

IMG_1949.JPG
Jia Wen
4bb1a4a4-a1fa-4f4e-8ea1-5dd5da6a8da2.jpg

Ong Jun Kai (Sean) 0336417

Bachelor of International Tourism Management (Events Management)

Salam sejahtera, nama saya ialah Ong Jun Kai, kawan kawan boleh panggil saya Sean. Saya mengambil kursus Bachelor of International Tourism Management (Event Management) di Taylor’s University Lakeside Campus. Saya rasa TITAS adalah modul yang baik untik mencapai ilmu pengetahuan tentang sejarah negara dan tamadun kita.

 

Dalam kerja kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia, saya dapat mengukuhkan lagi ilmu pengetahuan tentang tamadun asia dan islam. Saya amat berpuas hati dengan pengalaman pembelajaran keseluruhan saya kerana saya dapat membina persahabatan yang kuat dengan mereka kerana kami mampu berkomunikasi dengan baik. Bahagian yang saya gemar semasa membuat kerja kursus ini ialah mengunjungi ke tempat-tempat yang bersejarah iaitu Masjid Jamek dan Bangunan Sultan Abdul Samad di bandar Kuala Lumpur, Malaysia yang sangat menarik dan membuatkan saya teruja untuk mempelajari lebih tentang bangunan-bangunan tersebut.
 

Akhir sekali, projek ini mengajar saya untuk menganalisa orang lain sebelum bekerja dengan mereka supaya dapat mengelakkan segala salah faham dan kebimbangan. Secara keseluruhan .Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan saya serta pensyarah modul Tamadun Islam dan Tamadun Asia, En. Firdaus Ramli yang telah memberi kami peluang ini untuk melaksanakan tugasan TITAS tersebut.

Sean

Wong Yin Yi 0335798

Bachelor of International Tourism Management (Events Management)

Salam sejahtera, nama saya Wong Yin Yi dari kursus “Bachelor of International Tourism Management (Event Management)” Pertama sekali, ingin saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah yang terhormat, Encik Firdaus Ramli atas peluang yang diberikan oleh beliau kepada saya untuk melaksanakan projek ini. Sejajar dengan arus globalisasi yang pantas, pengenalan anak muda tanah air kita terhadap ketamadunan serta kebudayaan, kian hari kian merosot. Meskipun remaja-remaja kini sering ditegaskan supaya adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu, bak kata pepatah ‘yang lama dikelek, yang baharu didukung’. Namun begitu, remaja negara kita bukan sahaja tidak mengamalkan budaya namun juga melupakan ketamadunan mereka. Justeru, subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia memberi peluang emas kepada saya untuk menerokai bukan sahaja tamadun-tamadun Asia tetapi juga tamadun Islam.

 

Projek berkumpulan ini memberi peluang kepada saya untuk mempelajari tentang tarian Bharatanatyam yang merupakan seni tarian kaum India yang diwariskan turun-temurun. Melalui projek ini, saya dapat mengenali mengenai lebih tentang budaya kaum India serta ketamadunan mereka. Dalam konteks ini, dari pandangan yang berbeza pula, saya berasa tarian ini amat sentimental, dengan pergerakannya yang amat lembut tetapi juga menarik, dengan jelasnya memanifestasikan keseimbangan pergerakan. Di samping itu, projek ini juga dapat menanamkan konsep keharmonian serta perpaduan kaum dalam akal remaja kini. Tanpa perpaduan kaum, pastinya negara kita tidak akan maju, bak kata pepatah, ‘bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat’.

8EBB04D9-906F-4F78-82F6-E5A5F6552010_edi
Yin Yi
IMG_20200101_002650_468_edited.jpg

Misha Naquiyah Nadri 0335151

Bachelor of International Hospitality Management

Hai salam perkenalan! Nama penuh saya Misha Naquiyah Nadzri, boleh panggil saya Misha atau Mish. Sekarang saya sedang melanjutkan pelajaran saya dalam Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Hospitaliti Antarabangsa (International Hospitality Management) atau lebih dikenali sebagai Pengurusan Hotel (Hotel Management) di Taylor’s Universiti Lakeside Campus. Ribuan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu Encik Firdaus Ramli yang telah membimbing saya serta rakan sekumpulan bagi menyelesaikan tugasan kumpulan ini.

 

Subjek ini iaitu, Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS), telah memberikan pelbagai informasi yang amat menarik. Selain daripada itu, dalam tugasan kumpulan ini saya telah mempelajari keunikan seni tarian tradisional bagi kaum India. Sepertimana yang kita sedia maklum, Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, seperti kaum Melayu, Cina dan juga India. Bagi tugasan kumpulan ini, rakan sekumpulan saya mencadangkan untuk lebih mengenali tarian tradisional kaum India. 

 

Setelah membuat pelbagai carian dan rujukan, terdapat pelbagai jenis tarian tradisional kaum India. Saya mula lebih mengenali tarian tradisional India lebih daripada tarian tradisional Melayu. Hal ini kerana, saya lebih mengenali tarian Melayu kerana saya merupakan bekas penari tarian tradisional di zaman sekolah saya. Pada tahun ini, dengan subjek ini serta tugasan kumpulan saya dapat lebih mengenali tarian tradisional India. Bagi pendapat saya, subjek TITAS ini mampu meningkatkan toleransi dan pengetahuan yang lebih luas buat diri saya serta pelajar yang lain.

Misha

Ng Chee Wearn (Sam) 0334133

Bachelor of International Hospitality Management

Selamat berkenalan, nama penuh saya ialah Ng Chee Wearn, kawan-kawan selalu panggil saya Sam. Kini, saya merupakan seorang pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Hospitaliti Antarabangsa (International Hospitality Management) di Universiti Taylor’s. Saya berasa amat bersyukur kerana dapat mempelajari subjek TITAS yang sangat penting juga menarik dan telah mendapati peluang untuk berjaya menyiapkan tugasan-tugasan subjek ini dengan kawan-kawan yang berkerjasama.

 

Kerja kursus ini telah menambah ilmu pengetahuan saya tentang tarian tradisional India iaitu Bharatanatyam. Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana ia mempunyai orang yang berdasarkan berlainan kaum dan budaya. Sebagai seorang warganegara Malaysia, kita patutlah bertanggungjawab dan bekerjasama untuk mengangkat budaya-budaya dan mengamalkan warisan seperti tarian tradisional di negara kita. Di samping itu, kira juga haruslah mempromosi budaya Malaysia bagi membuktikan kepada negara lain bahawa Malaysia merupakan negara yang unik.

​

Kesimpulannya, TITAS telah memberitahu saya informasi-informasi yang penting dan menarik. Selepas kerja kursus ini, ia telah memberi saya kemampuan untuk lebih mempelajari tentang tradisi-tradisi yang terdapat dalam negara Malaysia. Akhir sekali, saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah modul TITAS saya iaitu Encik Firdaus Ramli dan rakan-rakan kumpulan saya yang telah memberi kerjasama dan sokongan yang amat kuat dalam menyiapkan tugasan modul.

20191226_13130%20(Compressed)_edited.jpg
Sam
c8adc92b-177c-4965-ae05-5636e17587d1_edi

Sadashiva Pavananthan 0345925

Bachelor of Culinary Management

Salam Sejahtera semua. Nama saya Sadashiva Pavananthan dan saya berumur 20 tahun. Saya sedaang belajar Bachelor of Culinary Management di Taylors Lakside. Saya berasa banyak bersyukur mendapat project ini dengan orang yang baik. Sepanjang projek ini, saya dapat memahami kepentingan dan kaitan tarian tradisional India.Saya orang India sendiri, saya tidak pernah benar-benar memahami mengapa menari adalah sebahagian besar budaya India. Terima kasih kepada projek ini dan rakan sekumpulan saya mempunyai pemahaman dan penghayatan yang lebih mendalam mengenai tarian tradisional india. Kesimpulanya, Saya berasa bersyukur kerana mempunyai kelas titas kerana ia meningkatkan pengetahuan dan pemahaman saya bukan sahaja pada budaya saya sendiri tetapi budaya negara saya juga.

Sada
bottom of page